Monday, September 26, 2016

Day 3 in NZ : Queenstown




Hari ni 23 Nov 2015..Isnin...

Queenstown watersport
Hari itu kembara kami bermula dengan aktiviti di Lake Wakatipu- Queenstown watersport. Bunyinya macam dah hebat, tapi kami actually book AQUA BIKE. Korang nak gelak la tu kan? Apa kelasss kan? Korang mesti nak kata leh naik aqua bike kat Tasik Titiwangsa. kah3!  Tapi malang skali, kerana cuaca yg tak mengizinkan, kami tak dapat la enjoy aqua bike. Company tu kata esok try again. 

Queenstown skyline gondola
Nak cari parking memang susah kat sini, lagi-lagi kami sampai dah 10am++. Parking jauh sket, kene jalan kaki. Tiket kami dah beli sesiap. Tak beratur lama pon.
Queenstown view from the top



Aktiviti wajib kat sini semesti LUGE. Kami ambil pakej Family. So kami mak ayah dapat naik sekali dengan Maher dan Muaz. Waddah dan Mus'ab dapat naik 2 kali..kemain happy! enjoy sakan. Tu pon tak cukup.



Getting ready for Luge ride! 

Omputih tu pon tumpang bergambar ehe
Pakej yg kami amik: Skyline Gondola + 8 Luge Rides Queenstown Family Pass. Harga NZD127/RM373

Glenorchy 
Perjalanan diteruskan kearah Glenorchy. Jauh tau Glenorchy dr Queenstown. Kami singgah piknik untuk lunch dulu. Masa ni semua orang dh terpecah hoho. So kami just catch up via wasap je la. Before that jangan lupa isi tank minyak kete penuh2 sebab kat sana tu tadak Petrol station.

Sampai Glenorchy hujan la pulak..tak dapat nak enjoy sangat. Nak posing pon tak dapek. Padahal kat sini la tempat paling win tuk bergambar ok! Ada newly married couple tengah buat photoshoot, nak lalu atas titi tu pon susah haish.

Glenorchy ni katanya tempat shooting filem LOTR. Tak pernah pon tgk LOTR. ngade la sgt. Next ingatkan nak gi Paradise, tapi bertembung dengan kereta IdaMizi kat simpang, katanya tade hape laaa. ekekkek

Lepas tu balik rumah solat, mandi dan masak dinner dulu sebelum malamnya ...Gals Outing! yihaaaa

Singgah tepi jalan sat otw Glenorchy

Mimpi la nak bergambar romantik di kala hujann wakakkak
Ada la jugak sekeping kat rumah wajib bergambar ni! gigih hokey..masa ni hujan, orang lain semua dok dalam kete!
Glenorchy

Masa OTW balik ke Queentown ni hujan dah berhenti..baru la syok sket nak bergambar sakan tepi2 jalan..tapi makayah je la..kids dah malas nak layan!
 Queenstown mall 
Mlm ni gals outing dengan Mawaddah dan Ida. Best2 tiada gangguan kaum adam. Senang nak shopping! hiks. Masa kat situ terjumpa plak Azrin sekeluarga. ewah mcm kat KL plak :p. Best tau shopping kat kedai DF souvenier. Memula kami dapat tahu kedai tutup pkl 9 mlm, tapi actually sampai 11pm laaa. Souvenier kat sini murah dr Queenstown eg fridge magnet(NZD 3 - NZD 7), key chain, t-shirt NZD10, skincare NZ pon banyak tau. Akak beli siap jual kat Malaysia. hehe



Wednesday, September 7, 2016

Korean skincare murah Malaysia giveaway!

Korang kalau masih tercari-cari kat mana nak beli Korean Skincare atau Makeup yang murah boleh beli dr Instagram : KOREANHAULKL


Berita baik untuk peminat skincare KOREA! Koreanhaulkl sedang mengadakan thier FIRST Giveaway!


Hadiahnya adalah..
2 units of Laneige BB Cushion #23 Natural Beige 
2 units of Etude House Dr Mascara Fixer

Siapalah yg bertuah tu agaknya kan? Senang je nak join .



Memula korang kene la pergi dekat entry koreanhaulkl ni kan..then follow these steps:

  1.  Like POST ni , follow @koreanhaulkl
  2. Komen di post ini at least 1 your favorite korean skincare & tag 3 orang BFF anda (nak tag lebih pon  boleh, tapi kami hanya ada 2 Laneige BB cushion & 2 Etude House Dr Mascara Fixer).
  3. Pastikan BFF anda juga like this POST dan follow @koreahaulkl
  4. Repost, copy caption ni & tambah caption paling kreatif anda.
  5. Buka akaun Instagram PUBLIC sehingga raya haji ini.


Contest end by Hari Raya Haji ya, 12 Sept 2016. Kita akan umumkan pemenang dalam tempoh 1 minggu lepas contest berakhir.

Tuesday, July 26, 2016

Althea pink birthday party

Last Sunday I've attended Althea Pink Birthday Party. Althea dah setahun! Hiks comel je. Kalau baby kirenya dah berjalan ke sana sini baru dapat kaki. 

I ni kiranya exclusive invitation category customer , i guess among their top spender ngeh2. Tq to my supporters and customers of my online store ig:koreanhaulkl ..sbb tanpa korang tadelah I dapat membeli brg2 Althea ni hihi

5 days before event tetibe Althea bgtau bole bawa 1 bff. Mulanya mestila I nk bw my koreanhaulkl team..tp Mimy tak available plak..so as appreciation to my staff I bawa Ayu.

Jemputan I guess kurang 100 orang..majoriti blogger dan jugak beauty blogger. Depe tak bole bw bff. Bertempat di Ruang SS18 PJ 3-5pm. Temanya PINK. 

Sampai sana mmg la semuanya nampak so sweet..sbb pink is everywhere..sweets, biscuits, etc sume pink. Dapat la I  berkenalan dgn Founder Althea..He is a young korean man..bijak sungguh. Now Althea has expanded to Indonesia, Thailand, Philipine juga kalau x silap. They are hiring! Nk keje dgn depe bole saja.
Pastu dapat la berkenalan dgn kwn2 baru #networking penting tu 😊





Nak tau tak I dapat apaaa..taraaaa

Macam2 le goodies candies bw balik rumah hehe. Early bird dapat Face mask hitam tu..

Rose Love Serum for lucky me. 150ml uols..uhh sukanya love2. Lucky draw ni caranya die letak kertas dlm belon and kami kene pecahkan. So creative.

Ok yg x nampak dlm gambar ni adalah....
Online credit RM150 to be spent in 30min! Gelabah abes. Main amik je brg asal cukup rm150..dah la internet seloww. Last2 sbb ramai x settle gak..die kata extend sampai 12 midnite. Sapa x beli die tarik balik..rugi la kan x beli? Hehe

THANKS A LOT ALTHEA! SEE U AGAIN WHEN U TURN 2! muahmuah

Friday, July 22, 2016

Day 2 in NZ : Lake Tekapo to Queenstown

Hari ni 22 Nov 2015..Ahad...

Pagi tu I is so excited. Bangun memang awal. Lepas solat subuh terus zas prepare breakfast dan lunch bento. Tanya geng lain SemahBull dan IdaMizi pon belum gerak.
Hati ni excited sungguh nak bergerak menuju arah Queenstown...perjalanan hari ni adalah seperti berikut: (wah formalnya)

Church of Good shepherd
Mount John Observatory
Lake Pukaki
High Country Salmon
Lindin Pass
Wanaka Lake
Wanaka Puzzling World
Cromwell
Arrowtown
Queenstown

Church of Good shepherd 
Sebelah je dengan Lake Tekapo Holiday Park..ni mmg port strategik nak stargazing orang la kata, kami tak stargazing bagai, kan dh tido lena kah2. Kat sini la bunga-bunga Lupin yg sihat2 lawa2 tumbuh merata..maka wajibla engkorang bergambar sakan….disebabkan gambar2 kat sini la bile tengok je, terus RINDU GILE kat NZ. Seriyes tak tipu. #percayalah. Masa kami sampai sejuk amats..walau dah nak masuk summer. Kalau winter camne agaknya?








Mount John Observatory


Kat sini pon sejuk sgt..angin kuat.Kids tak keluar dr kereta pon. The 360° view from the Mt John’s Astro Café is beyond fabulous. Depe kata ada Cappuchino sedap! Kat sini pon depe kata an excellent place for stargazing. Ada Tekapo Hot Springs sebelum observatory area.


Lake Tekapo- Lake Pukaki 63km (43min)
OTW to Twizel dan High Country Salmon, kita akan melalui Lake Pukaki. Lake Pukaki is the largest of three roughly parallel alpine lakes running north-south along the northern edge of the Mackenzie Basin on New Zealand's South Island. Turquoise blue for the whole lake, with snowy alps on the background. The others are Lakes Tekapo and Ohau. Ada Lake Pukaki Watergate, kami tak pegi pulak.


Lake Pukaki - High Country Salmon 70 km (48min)
High Country Salmon. Free feed the salmon. Bagi makan salmon dan boleh beli ikan salmon segar. Kami beli salmon utk stock makanan. Ada Free WiFi here. Masa ni kids kasi makan kat salmon, makayah mengopi sambal whatsapp kawan2 tanye masing2 berada di lokasi mana…




Lindis Pass
Otw ke Wanaka, kita akan melalui Lindis Pass. Subhanallah, tak dapat nak berkata-kata..rasa macam dalam mimpi lalu kat Lindis Pass..teramat indah bumi ciptaan Allah.




Jumpa YatiPrusz kat sini
Wanaka Lake and Wanaka Puzzling World
Kami ramai lunch kat Wanaka Lake. Cuaca semakin sejuk! Tak tahannn. Family Yatipruz makan dalam kete je eheh..kami still bertahan makan tepi tasik.

Masa kat Puzzling World dh syok sebab semua orang dah berjaya dikumpul..kekekke. Tak suke btol la, kami x berjaya cari jalan keluar kecuali Mus’ab n Amirul rasanya .


Di Wanaka Lake

Puzzling World. 66nzd for our family 2 adults + 4 kids



Group photo!

Cromwell: Jones's Fruit Stall.
Enjoy the best ice cream in NZ! Fruit picking pon ada certain months. Wajib rasa uols the real pure NZ ice cream kat sini. Kami ulang 2 kali beli kot..kalau tak, kempunan kot nanti! Senang kot nak jumpa tempat ni masa OTW to Queenstown dr Wanaka Puzzling World. 


Sedap sangat! NZD5

Arrowtown
Ni bandar style ala 70-an. Kami dah penat, dah tade perasaan so kejap je kat sini hehe.#kopipes dr iti: Gold mine settlement,  visit the reconstructed Chinese Settlemen, and wander along the path by the river to view where Isildur lost his life when attacked by the Orcs in the Gladden Fields (LOTR). Then, to queenstown lalu lake hayes. Dah tak perasan dah actually yg mana wakakak. Byk bonar Lake. 


Masa ni mmg dah penat btol...dan Maher lena..nak jenjalan pon dah tade semangat kiki

Sunyi je...

Queenstown
Sampai je dah nak malam..so terus check in dulu di Pinewood Lodge. Besarnya rumah kami, dok bungalow 2 bilik..Ruang tamu punya la besar. Accomodation citer future entry ye. Lepas prepare dinner, mandi solat, mak2 lak gi beli groceris kejap di Fresh Choice, kasi sini tade Pak n Save..dekat btol dr Pinewood. Syok weh feeling2 orang local beli barang-barang dapor! Masa ni kids lepak kat Internet room holiday home kami…suke btol depe.


Di Fresh Choice...seee..I punya roti prata dah sampai NZ! wakakak

Friday, July 15, 2016

Tefal Actifry XL Express 1.5kg review

Tefal Actifry XL Express is a new model of Tefal Fryer. If you are not familiar with Fryer concept, it works by circulating hot air, therefore you require less oil and this will reduce Fat! horrayyy


It has automated stirring paddle to cook, thus chips can be cooked evenly. We can cook delicious chips up to 1.5kg using just with 1 teaspoon of oil, making a new more affordable and healthier way to enjoy chips at home.

I'm very happy to have this in our kitchen for the following reasons:
1. Easy to clean; non stick bowl and paddle,removable and dishwasher safe!
2. Cook faster.
3. With paddle- you don't have to turn chips and it cooks evenly
4. Chips can be cooked with only 3% of Fat.
5. Save time as food can be cooked using timer and I can cook other meal at same time.

The price is quite expensive in Malaysia, average RM1.1K. Mine from Australia.

I'm sharing Malay's recipe here. I'll be sharing lot of Actifry recipes and ideas in future entry. ;)

1. Black pepper potato & chicken 

Bahan-bahan:
Ubi kentang potong mcm wedges
Ayam- diperap dengan cili blend ( cili kering+bwg putih+bwg merah), sos tiram, sedikit garam & blackpepper kasar tumbuk2

Cara-cara:
1. Masukkan semuanya, letak beberapa titik minyak dan set antara 15-20min. Boleh adjust minit tambahan jika diperlukan.


Masuk sume sekali ..senang!

#eatclean

2. Blackpepper potato & ikan bilis 

Bahan-bahan:
Ubi kentang potong dadu
Ikan bilis
Bawang besar
Blackpepper kasar tumbuk2

Cara-cara:
1. Masukkan kentang , letak beberapa titik minyak dan set selama 15 min
2. Masukkan bilis, bawang besar & blackpepper dan set selama 5 min


Buat sikit, tak cukup! sedap btolll..next time buat byk2. Ikan bilis rangup btol

Menu ni sesuai juga utk orang berpantang. Cuma mcm kentang tu dicadangkan mula pada hari ke-30. Makanya menu sebelum hari ke-30 abaikan abaikan kentang yer.
Sayur goreng pon boleh masak tau..sedap

Tuesday, June 21, 2016

Resipi Almond Choc cornflakes & Crunchy choc chip cookies

Thn ni pecah rekod. Rekod plg sket buat biskut. 2 aja. Cukup sudah. Takmo ganggu 10 Ramadhan terakhir. Dan baju raya pon tak siap lg jahit. Itulah my mistake thn dpn kene jahit awal2. Byk kali dh remind ni...

Saje nk tulis resipi ni sbb senang nk rujuk thn depan. Biskut ni mmg sedap anak2 dah abeskan 2 balang setiap jenis adoi. Yg baki maknya dh sorok terpaksa huhu

Almond Choc cornflakes

Biskut ni paling senang. Tayah oven bagai. Kalau bg alasan lg tatau nak habaq apa noo hehe.

Bahan2:
Coklat masakan secukupnya ie 1kg
Cornflakes secukupnya ( kalau choc 1kg, cornflakes 2.5 kotak besar)
Almond flake dlm 200gm grg tanpa minyak nk kasi garing sket
Sedikit esen vanila

Caranya:
1. Cairkan coklat dan gaul semua bahan-bahan.
2. Letakkan 1 sudu kecil adunan dalam paper cup, hiaskan dgn rainbow sprinkle dan biarkan kering kejap sebelum disimpan.


Crunchy Choc Chip

Resipi asal dr tuan empunya ni. Tqsm. Saya buat 2 kali ganda adunan. Tu pon x cukup..
Bahan-bahan Diayak :-

280gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10gm (3 sudu kecil) serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
secubit garam

Bahan-bahan lain :-

250gm mentega ( saya buat 220gm mentega 30gm marjerin utk jd crunchy)
150gm gula kastor ( saya kurangkan) mmg manis weii
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
100gm (1/2 cawan) coklat chip - boleh ditambah atau dikurangkan ikut rasa masaing-masing
100gm kekacang [walnut, badam, gajus dll yang dicincang] saya letak badam dh digrg tanpa minyak supaya garing
Kismis [optional] tayah letak kida x suke


Cara-cara :-

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan2 ayak dan kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip, kekacang dan kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. [me letak terus kat atas dulang pembakar]
Boleh juga diuli menjadi bebola kecil dengan menggunakan tangan dan susun atas dulang pembakar.


PERHATIAN : Jangan letakkan adunan biskut dengan rapat antara satu sama lain sebab dia akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
Bakar pada suhu 160C selama 15-25 minit bergantung pada size. Guna api atas bawah.





Sunday, May 22, 2016

Hari pertama di NZ, 21 Nov 2015

Kami selamat mendarat jam 5.35am waktu di Cristchurch. Perjalanan dr Melbourne jam 12.15am lebih kurang 3-4 hrs. So 1 malam kami jimat tayah dok hotel hihi. Wah kosong btol Airport, jauh beza kot dengan Melbourne. Yang lama cuma kat bahagian semakan makanan. Satu persatu dia belek based on our list of foods tu. Akhirnya 3 kg beras tak lepas..haha ada kutu beras ok! Padahal kite dah beli beras yg 1 peket tu. 1 kg ls lepas..die pekkan semula dalam plastik biasa :)

Kami solat subuh di ruang kecik luar toilet. Sementara tunggu kereta sewa boleh ambil jam 8 am, kami gi riki2 kat kaunter mobile..last2 kami sume pilih Spark! Memula konon nak amik Vodafone dr Malaysia lagi. Tapi Spark mmg OK beb! Baca review sini k

Lepas 8am+ kami pon call Jucy Car rental. Kereta Jucy ni rental murah tapi kereta lama aa..jauh btol beza dgn kete kat MElbourne..sob sob. Van Jucy akan jemout kita dan bawa ke pejabat depe. dekat je. Selesai urusan kete, kami 3 kereta decided nk gi Muzeum dulu...tapi ada 2 bapak tidoq dalam kereta sebab tak cukup tido ekekek..

Canterbury Museum ni FOC ya..so kene la pergi haha. Bukak 9am- 5.30am. Budak-budak enjoy jaa..






Parking kereta depan parking opposite Museum ni..kene cajla tapi ..leh guna Card Credit



Mak pon enjoy
Next groceries shopping at Pak n' Save, Westfield Riccarton Open 7 am - 11 pm. Brinks dan & Turks adalah keluaran ayam yang halal di NZ. Beli roti (make sure xde bahan 472e). #kopipes dr itinerary

Eh tapi kami lunch dulu actually di Kebabland level 1 Westfield Riccarton sebab sume dah kebulur kan. Silap btol, patut beli sket je sebab portion die byk sgt..so kene la tapau bawa balik hihi

Seronok sangat dah start fefeling jadi org NZ, I is mmg suka tau groceries shopping..belek2 sayur, ikan, cili..bahagia sangat! kah2. Ok cili NZ paling tak boleh diterma akal. 5NZD sepeket kecik, tapi sy amik je. sebab wajib kot makan pedas. Tak tipu cili die tak pedas langsung!:p Lagi satu yg mahal SUSU, Susu 1 ltr NZD3 gitu..kat Aussie 1 ltr AUD1. Tapi beli je la sebab anak2 nak minum kan. Kat Aussie kite beli susu sampai nak muntah :p

Yang murah kat Pak n Save ni kan:
1. Coklat whittakers- 3.99NZD kalau promo boleh dpt 3.79. Tayah explain kot Whittakers yg mmg dh tersohor itu kan? syok korang snek kat NZ adalah whittakkers :p gediks
2. Pasta - 1 pack RM500gm tu baru 1NZD murah bangatt..tayah nak susah2 ko hangkut dr KL, faham ?
3. Boleh beli gak fish n chip and burger, senang koje. Baca tips di sini

Settle je kami menggunakan Inland Route untuk ke Rakaia Gorge. Mata dah mula terbeliak, lidah menyebut subhanallah di atas keindahan NZ! allahuakbar hebat sangat

Sampai Rakaia Gorge jumpa Yati & Ida sefamily, walau kami paling blkg tadinya. Actually atas jalan raya tadi tak nampak depe pon. Jalan raya NZ adalah sangat kosong....heavennn

Lepas baling-baling batu kat situ, kami nampak discovery boat tgh parking. So kami approach org tu..lepas nego2 we get the best deal of the day! Kekanak NZD25 dan Dewasa NZD40. Murah dr Queestown dan juga d North Island NZ, kak ipar dah gi. Aktiviti ni langsung tak masuk itinerary, but we finally made it! What can I say?? This is top 3 the best activity for the family sepanjang trip tu! langsung tak nyesal spent NZD180! syok sgt die spin boat..total around 1 hr gak aa..best sgt...korang pls buat ni kalau dtg sini ok..kat sini murah sbb tak ramai orang..Untuk dapat rate murah tu kami ajak our friend dan sepasang pelancong dr negara lain heheh, ramai baru dpt group discount ;)
Tiba di Rakai Gorge



Discovery Jet Boat yg awesome ;)
Perjalanan diteruskan Lake Tekapo Holiday Park...sekali lagi mata terpukau dengan keindahannya! Memang culture kat sini check in hotel/motel dapat susu 1 kotak. Alahai kiut aja. Masa ni sy dah tak spent masa lama kat luar..sebab nk solat dan masak utk keluarga. Mithali sungguh :p. Anak2 n ayahnya lepas solat depe enjoy la main playground..main tasik..Rumah kami paling strategik! Btol2 depan tasik..rumah first kalau masuk LKHP! FYI, kami amik 2 bedrooms dan motel paling mahal sepanjang di NZ hihi sebab ingat asalnya mak nak ikot..bila kami umah 1 bedroom, tade beza sgt..so proceed je 2 bedrooms. Harga NZD 220. Motel ni paling the best sebab ambiancenya..sambil masak tgk Lake tekapo..bgn tido lake tekapo depan mata..tak dapat dijelaskan perasaan itu. Alhamdulillah.

Depan rumah je ni..dah nak dkt maghrib..


Malam tu kekononnya nak ber Star Gazing. Tengok2 hubby dah tido..yg kecik2 lg la dah tido..tinggal waddah je..so ajak waddah keluar kejap..tapi kat luar sejuk amat dan amat gelap..so dok luar kejap je aaa..huhu

Jom tengok rumah kami Lake Tekapo Holiday PArk , 2 bedrooms, NZD 220

kitchenette

master berdoom. another room tu ada 3 single beds
rumah kami ;)

Bukak pintu nampak tasik..mamat motor pon ada lepak tepi tasik
Toilet bersih..mcm baru renovate..




What we did right:
1. Memilih utk tido 1 mlm di Lake Tekapo, walau mahal sket berbanding tempat lain tetapi pengalaman staying here sangat indah. Sebelum ni banyak kata over-rated, dok tempat lain yg bajet pon ok..apapon pilihan masing-masing kan heheh
2. Discovery Jet Boat yg super best tu.

Yang i kesal....sob...sob
Pagi esoknya , sebab excited sangat, sy bangun awal, prepare food dan kami gerak seawal 8am..actually rushing sangat..tak puas enjoy Lake Tekapo kot...huhu..mana ko nk dpt rumah depan Tasik yg amazing tu kan..dah dah sedih