Monday, September 26, 2016

Day 3 in NZ : Queenstown




Hari ni 23 Nov 2015..Isnin...

Queenstown watersport
Hari itu kembara kami bermula dengan aktiviti di Lake Wakatipu- Queenstown watersport. Bunyinya macam dah hebat, tapi kami actually book AQUA BIKE. Korang nak gelak la tu kan? Apa kelasss kan? Korang mesti nak kata leh naik aqua bike kat Tasik Titiwangsa. kah3!  Tapi malang skali, kerana cuaca yg tak mengizinkan, kami tak dapat la enjoy aqua bike. Company tu kata esok try again. 

Queenstown skyline gondola
Nak cari parking memang susah kat sini, lagi-lagi kami sampai dah 10am++. Parking jauh sket, kene jalan kaki. Tiket kami dah beli sesiap. Tak beratur lama pon.
Queenstown view from the top



Aktiviti wajib kat sini semesti LUGE. Kami ambil pakej Family. So kami mak ayah dapat naik sekali dengan Maher dan Muaz. Waddah dan Mus'ab dapat naik 2 kali..kemain happy! enjoy sakan. Tu pon tak cukup.



Getting ready for Luge ride! 

Omputih tu pon tumpang bergambar ehe
Pakej yg kami amik: Skyline Gondola + 8 Luge Rides Queenstown Family Pass. Harga NZD127/RM373

Glenorchy 
Perjalanan diteruskan kearah Glenorchy. Jauh tau Glenorchy dr Queenstown. Kami singgah piknik untuk lunch dulu. Masa ni semua orang dh terpecah hoho. So kami just catch up via wasap je la. Before that jangan lupa isi tank minyak kete penuh2 sebab kat sana tu tadak Petrol station.

Sampai Glenorchy hujan la pulak..tak dapat nak enjoy sangat. Nak posing pon tak dapek. Padahal kat sini la tempat paling win tuk bergambar ok! Ada newly married couple tengah buat photoshoot, nak lalu atas titi tu pon susah haish.

Glenorchy ni katanya tempat shooting filem LOTR. Tak pernah pon tgk LOTR. ngade la sgt. Next ingatkan nak gi Paradise, tapi bertembung dengan kereta IdaMizi kat simpang, katanya tade hape laaa. ekekkek

Lepas tu balik rumah solat, mandi dan masak dinner dulu sebelum malamnya ...Gals Outing! yihaaaa

Singgah tepi jalan sat otw Glenorchy

Mimpi la nak bergambar romantik di kala hujann wakakkak
Ada la jugak sekeping kat rumah wajib bergambar ni! gigih hokey..masa ni hujan, orang lain semua dok dalam kete!
Glenorchy

Masa OTW balik ke Queentown ni hujan dah berhenti..baru la syok sket nak bergambar sakan tepi2 jalan..tapi makayah je la..kids dah malas nak layan!
 Queenstown mall 
Mlm ni gals outing dengan Mawaddah dan Ida. Best2 tiada gangguan kaum adam. Senang nak shopping! hiks. Masa kat situ terjumpa plak Azrin sekeluarga. ewah mcm kat KL plak :p. Best tau shopping kat kedai DF souvenier. Memula kami dapat tahu kedai tutup pkl 9 mlm, tapi actually sampai 11pm laaa. Souvenier kat sini murah dr Queenstown eg fridge magnet(NZD 3 - NZD 7), key chain, t-shirt NZD10, skincare NZ pon banyak tau. Akak beli siap jual kat Malaysia. hehe



No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...